Sunday 14 April 2013

2012 : Lahirnya dia selepas 10 tahun.

Assalamualaikum :)

iloveyoumummy 

Mengimbau kembali kenangan. Detik detik ini takkan berulang lagi. Lihatlah dan cuba bayangkan. Dalam perut itu ada kita. Kita yang masih lagi belum melihat dunia dan belum tahu pahit maung kehidupan yang bakal kita tempuh nanti. Ya Allah.. Bayangkan sembilan bulan kita dalam perut mak kita dan mak kita dengan susah payahnya mengusung kita kesana sini. Allah.. Ampuni dosa kami pada ibu kami. Letakkan mereka di tempat-Mu yang paling mulia :'(

Syukur. Ibu aku masih lagi diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Alhamdulillah.

Apa yang aku nak cerita disini ialah.. Ibu aku pada masa itu berusia 42 dan sedang mengandung adik aku yang paling bongsu dan sekarang ni dah 8 bulan. Alhamdulillah.. Pantas sungguh masa yang berlalu. Lihatlah dik, dalam perut itu ada kamu. Kami semua pada masa tu ternanti nanti kehadiran kamu. Sebab dah 10 tahun rumah kami bebas daripada baby. Ingatkan dah tak ada. Tapi inilah keajaiban.

Adik aku yang bongsu 'tak jadi' itu tersangatlah terlebih excited sebab dia bakal jadi abang. 10 tahun kot jarak diorang. Jarang orang boleh terima kan? Sebab selalunya anak bongsu dia tak boleh terima hakikat yang dia akan ada adik sebab dah lama dia pegang title 'adik'. Macam adik aku yang nombor 3. Still sampai sekarang tak boleh terima hakikat yang dia bukan anak bongsu lagi even dah ada 3 orang adik bawah dia sebabnya dia pegang status anak bongsu selama tujuh tahun =.='

12082012 : Wan Nur Izzul Airel  bin Wan NorHisham

Setahun setelah pemergian arwah atuk sebelah mak lahirlah dia sebagai pengganti. Masa tu ramai yang kata muka dia sebijik macam arwah atuk :'( Rindunya kat arwah atuk dengan nenek sebelah ibu. *Alfatihah.

Tengok tu dik, polos je muka kamu masa ni. Gambar ni ayah aku yang ambil. Hari pertama dia di dunia. Masa ni dia diasingkan sebab ada komplikasi. Kami adik beradik pun dapat tengok dari jauh je apatah lagi nak sentuh dia. Memang tak dapatlah. Cuma parents saja yang dibenarkan melawat. Lahir pun bulan puasa. Lagi seminggu nak raya. Banyak jugaklah dugaan masa tu. 

Masa pagi kejadian, macam selalunya sedang kami bersahur, mak ke toilet. Dalam pukul 6 pagi mak bagitau ayah ada darah keluar. Tapi mak still buat rilek. Aku dah cuak. Yewla, aku nak first kan. Teruja jugaklah sebab nak dapat adik lagi sedang aku dah 22 tahun. Then, ayah kata pergi bersiap kita ke hospital sekarang. Tapi kami adik beradik tak boleh ikut. So kami menanti je dirumah. 

Tak lama tu ayah call aku. Katanya mak dah dibawa naik ambulans untuk ke Hospital Kota Bharu sebab ada komplikasi and doc pakar kat Hospital Kuala Krai tak ada pada hari itu. Aku takut sangat dan berdoa semoga dua dua selamat. Tengahari ayah call cakap "Alhamdulillah semua selamat tapi adik kena tahan kat wad baby dulu". Masa tu rasa sebak nak menangis. Kami lima beradik bagaikan bermimpi sebab dah ada ahli baru dalam family.

Hari kedua

Masa ni aku pergi dengan kawan aku. Ayah kerja. Adik2 yang lain aku tinggal. Hahaa. Kejam tak? Takdelah. Dorang sekolah kan. Masa ni nurse baru bawa dia tempat mak. Nurse tu suruh aku salinkan kain yang balut tubuh baby dengan pakaian sendiri. Aku lah yang kena uruskan sebab mak bersalin operate and tak boleh banyak gerak. Masa tu pulak tak ada orang yang jaga mak. Ya Allah.. Terketar ketar jari aku. Pertama kali sentuh kulit dia aku gementar sangat. Halus, suci dan berdebu. Tengok tu kaki dia. Aku nak sentuh pun takut.  Hehe.

Lagi korang boleh baca disini 
-
-
-
-
-

Terima kasih sudi baca :)





Wednesday 3 April 2013

Bila tiba masa.


Suatu penantian yang tak pernah sia sia. Bila ibu dan ayah mula merestui hubungan kita dengan seseorang, satu perasaaan indah sukar untuk digambarkan melainkan kita sendiri yang melaluinya. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya Allah. Tambah tambah lagi jika kita pernah melalui satu detik sukar yang pada dulunya hubungan itu pernah ditentang oleh ibu dan ayah sendiri. Pada masa itu harapan untuk membina hidup bersama bagaikan telah pudar. Sebab pada aku, hubungan yang ditentang oleh ibu dan ayah takkan ada berkatnya dan takkan ada bahagia.


Tiba masa.. Allah dah bukakan hati kedua orang tua dan Allah telah menunjukkan jalan untuk ke arah 'itu'. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu aku luahkan. Hanya doa dan harapan semoga semua berjalan seperti yang diharapkan. Semoga pilihan kali ini yang terbaik. Amin :') 

 "JODOH TAK AKAN LARI KEMANA KERANA SEJAK ROH TELAH BERSATU DENGAN JASAD, SIAPA JODOHMU TELAH DITENTUKAN OLEH-NYA"


Terima kasih sudi baca :)