Monday 28 January 2013

Bila Allah tarik nikmat-Nya.....


Assamualaikum kakak, abang, adik, mak cik, pak cik :) 

Hari ini Ustazah Ieza Wanza nak berbicara sedikit. Ehehe. Mohon maaf dan tegurlah kalau ada salah dan silap ye?

Kali ini entry yang ditaip oleh jari jemariku ini bukanlah sebuah cerita tapi lebih kepada untuk meluahkan perasaan bahawa kita ini adalah MANUSIA yang LEMAH. Selama kita sihat, kita alpa bahawa semua yang kita nikmati itu adalah datangnya daripada Dia. MasyaAllah..

Jadi selama ini aku telah lalai, jauh tersasar dalam menjadi hamba-Nya yang sempurna. Yaa tuhan.. Ampunilah daku T_T

Pernah terdetik dihati, untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tapi bilamana kita tidak istiqamah untuk benar benar berubah, maka rasa itu akan ditarik balik oleh Dia. Jadi sebab itulah niat untuk berubah cuma hanya pada niat semata mata bukannya bertindak untuk berubah. Allah..

Bila sakit itu datang, baru aku sedar yang nikmat percuma yang aku kecapi selama aku sihat langsung tidak aku hargai. Bila Dia menguji dengan kesakitan, barulah kita mengingati Dia yang diatas sana. Allah.. Allah.. Allah.. 

Sehari dua ini, Allah telah mengujiku dengan menarik nikmat yang selama ini aku nikmati tanpa bayaran. Bila minum, tekak terasa sangat perit sedangkan ketika itu aku betul betul dahaga. Jadi aku terpaksa tahan kesakitan untuk minum. Kepala sakit, badan lenguh lenguh apatah lagi tulang dibadan ku terasa sakit bila disentuh. Ketika kita tidak bermaya, maka terucaplah kalimah indah dibibir dengan menyebut nama-Nya.

Ya Allah, kadangkala aku lupa. Nikmat yang Kau tarik bukanlah untuk menyiksakan hamba-Mu ini tapi lebih kepada untuk menyedarkanku supaya aku tidak terus leka dihanyut syurga dunia. Terima kasih ya Allah atas ujian Mu ini.

Gambar sumber daripada encik Gogel. Terimakasih.




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut. Allah T_T

Sunday 27 January 2013

Heart is Hurt !



#Bila hati luka, luka meninggalkan parut, parut meninggalkan kesakitan.










Siapa kata anak sulung bukan anak manja?

Holaaaa.. assalamualaikum tentawan !
-
-
-
-
-
-
-



si sulong vs si bongsu

Wuuuuu.. :'( tengok gambar ni kan hati aku terus melompat lompat nak balik kampung weyy. sumpah rindu giler dengan budak kecik ni. tak puas lagi nak peluk peluk dia, nak cium cium dia. lamanya nak tunggu cuti raya cina.

Eh korang nampak kan gambar tu? macam pelik kan aku ada adik yang masih lagi beby beby pada usia 22 tahun 1 bulan ni. macam tak percaya. tapi inilah keajaiban dari Allah yang menghadirkan dia selepas......*tetttt*.... to be continue on next entry :)

Siapa kat sini anak sulung? okeyy kita geng ! bangga tak dapat jadi anak sulung? bangga kan? bangga kan? *sambil angkat angkat kening.

Korang tahu tak, kita anak first banyaaakkkk sangat yang special tentang kita. Meh aku list kan :

  • Kita adalah buah cinta pertama mak ayah. mereka berusaha untuk dapatkan kita dan sabar menunggu kita. ada yang kena tunggu lama, tapi mereka tak jemu menanti. sebab dengan kehadiran kita, lengkaplah hidup mereka dengan membawa gelaran umi wan, mak ayah, mama papa, mummy daddy dan macam macam lagi, kan?
  • Barang barang kita pun semua baru. tak macam anak yang nombor 2, 3, 4, 5. dorang kalau nak barang baru, mak mesti kata "ambil yang kakak jelah" kan? tapi tak juga kan?
  • Lagi.... bila kita buat kesalahan pun, tak ada abang or kakak yang nak tengking2 nak marah2. kan? cuma mak ayah je yang boleh tegur. kalau nak buat apa apa keputusan or nak tanya pendapat ke, mak ayah mesti akan tanya anak sulung kan? ohh bangganya. *mohon jeles ye ^^



iloveyousomuch, mummy daddy. 
.
.
.
.
.
.

fullstop

Sebenarnya banyak lagi. tapi aku dah tak boleh nak list kan dengan panjang lebar lagi. nanti bertambah kecemburuan pada orang yang bukan bergelar anak sulung. muehehehe. sooo anak sulung tahulah bagaimana mak ayah memanjakan kita kita yang bergelar anak sulung ni :)


Saturday 26 January 2013

Kita Belajar dari Kesilapan Bukan Mengulangi

Assalamualaikumm anak anak ^^

Fuhh dah lama tak menyinggah sini. Dah berhabuk dah dia. Ololo. Ada idea, tapi bila dah ada depan lappy tetiba jadi malas. Selalu sangat macam tu. Bila kat tempat keja, dalam hotak asyik ingat nak update blog je. Tapi sampai rumah, mengadap pesbuk je 24h.

Ke aku ni dah kena badi pesbuk? Alah toksah cakap aku jela kan? Ramai lagi. Sanggup tak makan, tak minum, tak tidur. Mengadap je benda tu. Ini semuaa pooyyoooo ! =..='

Hari ni kan, hari kan.. Meh la duk rapat rapat. Mak nak cerita ni. Pada suatu hari.. Eh? Bhaha.

Ok ok, serius. Hari ni, aku kerja dgn dengan bawak diri, berbekalkan duit 10 hengget. Daifnya rasa hari ni. Selalu sangat macam ni bila tiba hujung bulan. Tskkk. Nak minta ayah, malu. Nak minta kawan, segan. Nak minta abang, tak bagi. Eh cop?? Aku anak sulong kan. Poyoo je nak ada abang abang kononn.


Poyoo je nak tepek gambar besar gedabak dengan muka yg sememeh ni. Bukan nak tunjuk muka tak malu ni, tapi nak tunjuk yang muka aku muka matang. Padahal umur tak lama lagi nak masuk 23 dah. Ada orang kata dah macam 25. Oh mummuy, tuanyaa dahku. Biasalah anak sulung kan kena la jadi matang. Gittteewww.

Ok ok, back to the topic. Hari ni pagi pagi lagi rezeki murah woo. Ada kakak ajak breakfast, tapi masa tu aku makan roti kosong jela. Ingatkan bayo sendiri. Kalau tahu dia nak belanja, aku dah makan nasi dah :D

Office hour start 8.30 kan, so harini berkobar kobar aku bekerja. Kononnya aku akan siapkan semua kerja. Memang siap. Tapi............ada satu kejadian semasa nak print cheque, aku dah yakin 500% yang aku dah letak paper cheque tu dengan betul. Semuanya ada 8 keping cheque dengan amount more than 1k. Kalau silap yang ni memang gawat la kan? Cheque ni kan berkait dengan bank. So faham fahamlah.

Aku tunggu je sampai dia habis print kelapan lapan cheque tu. Tiba masa, aku terbalikkan aku tengokkkk.....rupanya aku letak paper cheque terbalik. Bala ni bala. Dengan perasaan bercampur aduk, takut, sedih, malu, gabra. Aku bawa cheque tadi pergi jumpa aku punya SAA. Dengan perasaan bersalah, aku bagi. Wuuuuuuuu :'( Dia pun terkejut weyy.


Jeng jeng jeng.. Dipersembahkan. Wuuuu tunggang langgang dah jadinya. Malu wey malu. Kenapa aku cuai sangat? Tapi mungkin Allah nak aku lebih berhati hati lepas ni. Hmm :'( Nampak tu? Ada cop cancel warna merah kan? Bukan main marah lagi aku punya EXEC. Tapi marah dia sebenarnya more to nasihat la kan.

Lepas tu nak dijadikan cerita. Aku memang la takut kan, nanti cheque tu akan dibawa mengadap tuan director pulak. Jatuh la prestasi aku. Kalau sehelai takpe lagi, ni 8 ! Lepas tu yang si exec tu pulak duk menakutkan aku. Air mata masa tu dah bertakung kat birai tapi aku memang taknak nangis. Cuma cuak. Tapi bila ada kakak kakak exec yang lain kata "dah la, jangan takutkan dia lagi. Nak nangis dah tu" dengar je perkataan tu, terus mencurah curah wey air mata keluar padahal taknak nangis kan.

Korang pernah tak alami keadaan macam ni? Maksud aku, bukan hura harakan keadaan cheque ataupun tempat kerja korang tu. Tapi situation bila kita tengah tahan kesedihan kan. Pastu orang lain kata, "dah, jangan sedih, jangan nangis" automatik time tu la air mata akan keluar tanpa boleh ditahan tahan kan.

Tapi tak apalah, hari ni aku dah huru harakan keadaan kat office tu. InsyaAllah lain kali, sebelum buat sesuatu fikir dan teliti dulu selama yang mungkin daripada menyesal selama lamanya. Ye anak anak?  :)


Tuesday 15 January 2013

@ Burger Bakar Abang Burn

Korang tahu tak Burger Bakar Abang Burn?

Masa first first dulu aku tak tahu juga. Lepastu entah macamana entah hari tu ada someone ajak aku cari burger bakar. Dengar macam best kan? So kami pun gi la pusing Shah Alam, pusing pusing, jumpalah satu kedai yang bertulis Burger Bakar Abang Burn berdekatan dengan UITM ataupun Jakel.

Masa tu orang tengah beratur panjang. Biasalah, situ kan port student. Ofkes la ramai kan bebudak. So kami pun decide la nak try. First time, pada pandangan anak tekak aku la kan, burger dia lagi sedap daripada burger MCD. Lagipun  lepas peristiwa Gaza haritu, tekak aku memang dah reject terus MCD.



Ni lah ghopenya burger bakar tersebut. Patty dia sedap dan tebal. Aku lebih prefer yang beef daripada chicken. 




Tapi gambar kat atas ni bukan yang dekat Shah Alam, Seksyen 7 tuh. Ni gambar dekat Sunway Rock Cafe, Subang. Kiranya ni kali kedua aku pergi melantak burger dia. Even harga hampir 10 ringgit lebih pun, boleh katakan puas hati lah.

Lepas tu, Burger Bakar Abang Burn ada juga buat promotion hari tu. Seringgit sebiji burger untuk seorang. Disebabkan aku dah macam jatuh hati dengan burger bakar ni, sanggup aku pergi lagi kat Seksyen 7.

Next, promotion kat Sunway Rock Cafe, aku pergi lagi. Hehehe. Orang beratur panjang memang tak payah cakap la kan. Tapi aku pukul 9 dah start beratur padahal pukul 10 baru dia start jual yg promotion tu.

Dannnnnn sekarang ni, aku baru balik dari promotion burger bakar dekat Shah Alam lagi, tapi kali ni dekat Seksyen 13 pulak. Tapi kali ni, aku dapat burger yang patty tak berapa nak masak kat bahagian tengah. Tekak aku terus rasa loya sebab masih bau daging lagi kan, lepas tu ada merah daging tu sikit. Urmm rasa sedikit kecewa :'(

Kalau korang nak try, korang boleh search fesbuk Burger Bakar Abang Burn (klik je lepastu like). Dalam tu ada senarai jajahan sekali dengan map :)



Sunday 13 January 2013

Sick Monday

Ermmm...

Besok I S N I N.




Waaa kenapa cepat sangat masa yang berlalu? Kenapa? Kenapa? Tak puas lagi tidur, bangun lambat. Bosan bosan. Bosan dengan kerja. Kalau pergi kerja, ada banyak kerja nak buat takpe jugak. Ni tak, aku gi kerja, memang ada kerja nak buat, tapi dalam masa sejam aku boleh siapkan kerja aku. Lepas tu, mengadap je pc pura pura busy. Arghh bosan.

Orang lain semua kata "wah best lah position kau ni kan, jaga other income je, kerja pun senang, banyak rilek je"

Sedap kau kata? Haa meh tukar tempat dengan aku. Baru kau tahu kebosanan aku kat tahap mana. Aku rasa macam nak sambung study balik la. Tapi.. Urm..




Eh jum ramai ramai ambil mc besok? Hehehehe :D Selamat malam.




"Semakin kita dewasa, semakin besar tanggungjawab kita"

@ House of Nasi Kerabu

Assalamualaikum..

Okey, malam tadi malam minggu kan? Korang gi mana je? Asal malam minggu mesti ramai yang keluar kan? Okey, dah tahu dah.

Malam tadi aku dengan En Ryo keluar gara gara dia yang mengidam nak makan nasi kerabu. Dari awal tahun lagi. Tskk kesian pun ado. Maka selepas survey tang mana ada jual nasi kerabu yang sedap, kami pun decide nak try nasi kerabu kat House of Nasi Kerabu (HONK), area Prima Sri Gombak.

Kan ni first time baru nak jejak ke sana, so pusing pusing jugaklah nak cari mana kedainya.  Akhirnya jumpa juga. Tak susah pun nak cari. Korang pusing pusing, last last akan jumpa juga. Ekeke.

Ingat nak bersantai area luar je kan, dapatlah juga merasa angin yang sepoi sepoi bahasa sambil menikmati nasi kerabu. Tapi dah penuh, so kami ambil tempat kat bahagian dalam la. Okey, decorate pun boleh tahanlah.







:: Nasi Kerabu Tumis Istimewa (Daging Bakar, Ayam Bakar, Bawang Jeruk, Telur Masin - RM9.50 ::





:: Nasi Kerabu Nara (Daging Bakar/Ayam Bakar, Telur Masin Keropok) - RM6.90 ::

# Konklusi disini ialah, nasi kerabu dia terbaik. Tapi ada sikit je yang aku tak puas, ayam dan daging sikit, macam tak cukup dengan nasi yang agak banyak. Esoknya, En Ryo kata dia belum puas makan nasi kerabu kat sini. Masih teringat ingat katanya. Pada sesiapa yang nak try, follow address kat bawah ni yee :

Lot 89-G, Jln SG Prima 3,Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.


Thursday 10 January 2013

Dinner 05 Januari 2013

Awal tahun ni, aku ada pergi event dengan company aku. Katanya dinner ni untuk appreciate staff hq dekat Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya. Tema dinner, Rock and Roll. Macam best kan. Tapi memang best pun. Kehkehkeh. Sepatutnya dinner ni berlangsung hujung tahun lepas tapi mungkin ada masalah teknikal agaknya, kena postpone awal tahun ni. Tapi boleh dikatakan aku adalah staff baru yang bertuah. Sebab pertama ialah, aku join company ni about one month before birthday. Lepas tu, hujung tahun kan ada macam macam event. So, aku kira bertuah la sebab dapat attend setiap event yang best best. 

Azam Pitt 

Ada cerita di sebalik gambar ni. Mula mula kan, masa dia kat table aku tak kenal dia siapa. Ingatkan dia salah seorang staff jugak. So aku pun wat donno jela. Lepas tu, aku dengan budak budak tengah ambil gambar kat luar ballroom, tiba tiba dia lalu belakang, lepastu dorang cakap "eh tu kan azam pitt?" aku pun tanya la "sape azam pitt? eh aku tak kenal lah"  "tu budak af, femes jugak tapi dia tersingkir awal" aku pun dengar perkataan FEMES terus aku panggil dia, "eh awak awak, nak bergambar boleh?" dengan muka tak malu. Bhahahaha. Balik rumah, esoknya terus aku google AZAM PITT. Ohh baru aku tahu dia artis. 


Projek Pistol



Menu dinner



Salad with island thousand sauce




Vegetable soup




Blackpepper chicken, fish fillet, wedges, curry





Linda & Diana Rafar



Lanun Steak House
Finally, habis je dinner dalam 12 lebih, aku ke KL pulak Lanun Steak House, area belakang klcc. Ada yang lapar tapi sebenarnya aku pun lapar jugak. Al maklumlah dinner korporat kan, makan kena lah berpada pada bukan boleh buat macam makan dengan member member. Sampai rumah pukul 3 pagi. Ni kalau mak aku tahu, teruk aku kena bantai. Ok bye.



Sedang menghitung hari

Assalamualaikum..

Apa khabar anda diluar sana? Ececeh bajet hot pulokk aku ni. Tapi takpelah, bukan selalu pun kan *mohon  ketuk kepala aku. Hehehe.

Ok ok, berbalik pada tajuk di atas, hurmm. Agak agak apa yang sedang korang fikirkan? Menghitung hari nak bersalin? Oh no no, sama sekali salah tekaan anda. Sebab aku masih lagi bujang trang tang tang. Silalah masuk meminang. Ehehehe. Over pulak.

Ok sebenarnya ceritanya macam ni, aku sebenarnya sedang menghitung hari nak balik ke kampung halaman. Ada lebih kurang 7 hari lagi. Mesti korang tertanya tanya kan dah kenapa aku berkobar kobar nak balik kampung? Sebenarnya.... Sob sobbs sobbs.. :'( Sedih tahu tak nak cerita.

Aku sebenarnya dah lama tak balik kampung. Sejak sejak mak ayah dah lepaskan tanggungjawab mereka terhadap aku, aku terpaksalah berdikari sendiri di KL ni. Ceh ayat tak boleh blah kan? Takdelah, sejak aku dah habis belajar bulan 4 tahun lepas, lepastu konvo bulan 10. 

Lepas konvo je terus cari kerja.Then bulan 11 dapat je kerja, aku pun terus bekerja dengan fokus sampai la hari ni, bulan 1 2013, hampir 3 bulan jugak la tak balik jenguk kampung. Dannnnnnn minggu depan, aku akan balik ke kampung. Tu yang aku sedang menghitung hari ni. 

Mak ayah adik adik kat kampung pun selalu sangat bila call asyik tanya, bila nak balik, bila nak balik. Aku tahu, diorang pun rindukan aku tahap klcc sepertimana aku rindukan mereka. Diorang la pelengkap hidup aku. 



~ Aku taip entry ni dengan penuh perasaan excited sangat. Muehehehe <3

Wednesday 9 January 2013

Amaran keras : blog ini DILARANG FOLLOW

Assalamualaikum..Ieza Wanza is backk !!

Setahun aku menyepikan diri dari dunia blogger. Gara gara satu peristiwa. Sungguh aku rindu untuk menaip sebab cita cita aku kan nak jadi penulis. Eh yeke? Wateva. Muehehehehe.


iezawanza.blogspot.com
beby belog lama (iezawanza.blogspot.com) sobs sobs


Renteten daripada peristiwa itu, maka terjadilah kisah sadis dalam hidup. Beby belog pun merajuk. Genap setahun awal tahun 2013, aku dengan berkobar kobar semangat penuh kemerdekaan cuba log in beby belog lama. Tut tut, dashboard tiada. Huhh? Kecelakaan apakah? Puas aku godek. Then, ada ke dia kata "im not a writter on any blog yet. Please create one" Haa lebih tak terkurang macam gitu la ayatnya. 

Sungguh aku kecewa, sadis, patah hati dan seangkatan dengannya. Dah banyak suka duka aku kongsi dengan beby belog. Hmmm :'( Maka terpaksalah aku beranakkan lagi satu beby belog. Ini la hasilnya. Sekarang sesi nak menjejak balik kawan kawan. Iskkk. 


beby belog sekarang (ieza-wanza.blogspot.com)