Sunday, 13 January 2013

@ House of Nasi Kerabu

Assalamualaikum..

Okey, malam tadi malam minggu kan? Korang gi mana je? Asal malam minggu mesti ramai yang keluar kan? Okey, dah tahu dah.

Malam tadi aku dengan En Ryo keluar gara gara dia yang mengidam nak makan nasi kerabu. Dari awal tahun lagi. Tskk kesian pun ado. Maka selepas survey tang mana ada jual nasi kerabu yang sedap, kami pun decide nak try nasi kerabu kat House of Nasi Kerabu (HONK), area Prima Sri Gombak.

Kan ni first time baru nak jejak ke sana, so pusing pusing jugaklah nak cari mana kedainya.  Akhirnya jumpa juga. Tak susah pun nak cari. Korang pusing pusing, last last akan jumpa juga. Ekeke.

Ingat nak bersantai area luar je kan, dapatlah juga merasa angin yang sepoi sepoi bahasa sambil menikmati nasi kerabu. Tapi dah penuh, so kami ambil tempat kat bahagian dalam la. Okey, decorate pun boleh tahanlah.







:: Nasi Kerabu Tumis Istimewa (Daging Bakar, Ayam Bakar, Bawang Jeruk, Telur Masin - RM9.50 ::





:: Nasi Kerabu Nara (Daging Bakar/Ayam Bakar, Telur Masin Keropok) - RM6.90 ::

# Konklusi disini ialah, nasi kerabu dia terbaik. Tapi ada sikit je yang aku tak puas, ayam dan daging sikit, macam tak cukup dengan nasi yang agak banyak. Esoknya, En Ryo kata dia belum puas makan nasi kerabu kat sini. Masih teringat ingat katanya. Pada sesiapa yang nak try, follow address kat bawah ni yee :

Lot 89-G, Jln SG Prima 3,Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.


No comments: