Thursday, 5 September 2013

Do you ever feel?

Hai hai ^^

"So macamana life after minyak dah naik?"

"Erm.. I feel good." *tangandibahumaatakeatas* Hihi. 

Actually sekarang ni I tengah update belog sambil makan betik yang dibawa khas oleh bakal mak mertua dari kampung. Feel fresh and I dapat rasa kasih sayang seorang mak mertua dari betik itu. Mekasih ye mama. Mehmehmeh. Padahal takde kena mengena dengan metafora atau anafora pun -.-'



Dear Kak zirah sayang.. Selamat menempuhi alam pertunangan and welcome to the club. Akhirnya akak join jugak kita. Hihi. Berseri seri. Almaklumlah bakal pengantin tak lama lagi. So nanti together
 gether lah kita buat preparation ye ^^

"So how do you feel akak?"

"Macamana awak rasa hari tu?"

Eh eh akak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Cubit pipi gebu tu kang. Saya tahu akak sedang bahagiaaaa sangat dan kita tahu hati akak sedang berbunga bunga sama macam yang kita rasa masa 
3 Syawal hari tu. Perasaan tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Jadi sama sama kita berdoa semoga kita tabah dan cekal hati menempuh ujian dan dugaan sehingga tiba hari yang kita tunggukan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin ya Allah.. 

Acctually kita jeles tahu dengan akak. Sebab engagement day akak grand sangat ! Tapi takpe.. Sebab itu adalah bahagian akak.. Akak dah lama menanti. Even engagement day aku simple tapi perjalanan ke arah hari "itu" sangat lancar seperti Allah merestui dan semua itu terjadi tanpa permintaan aku. Aku tak berharap pun akan "diikat". Tapi inilah yang orang kata "sebaik baik perancangan baik lagi perancangan dari Dia". Syukur Alhamdulillah. Allah tahu segalanya.. *nangis sambil makan betik sebab terharu*

Sampai ke detik ini pun aku masih tak percaya status aku dah bertukar. Ya Allah.. Semoga semua ini bukan lagi perkara yg sia sia sepertimana aku telah mempersiakan masa lalu aku. Amin.... The my engagement day aku akan cerita next entry. Kehkehkeh. Sebab aku nak cerita tentang engagement kakak ni dulu. She really special. Pilihan Allah diantara salah seorang insan yg mempunyai hati naluri yg kuat dan sabar. Yela, perempuan mana yang tak nak kahwin dan hidup bekeluarga kan? Tapi kakak ni lambat bertemu jodoh namun sebab dia sabar maka hari yang ditunggu tiba jua.



Alololo.. Tomey tomey. Gambar ramai ramai tu semua opismate aku. Yang si hani pakai shawl kuning tu aku dah kenal lama since zaman belajar lagi. Tapi dia baru join kerja bersama hujung bulan 8 hari tu.
 Jemu pulak ngadap muka dia hari hari -.-'

Dan of course la aku dengan incik tunang dijemput sebagai tetamu vvip untuk majlis kak zirah ni. Rasa bangga sangat sebab ramai ramai opismate dia, dia jemput aku. Weee :)




Tunangan Cik Iza? Maigadd. Rasa macam tak percaya. Hihihi.  So kami sedondon kalah retisss tahu. Hahaa. Nasib baiklah incik tunang kesayangan ni jenis yang sporting habis. Levyu more lah ! Mwah.



XOXO




Terima kasih sudi baca :)


Monday, 2 September 2013

20 sen pun kecoh.

Hye. *Not in mood.

Hari ni kita dikejutkan dengan harga petrol naik 20 sen. "Ala 20 sen je. Bukan 20 ringgit. Rilekkslah."

Ye.. 20 sen je pun. 20 sen bagi sesetengah orang mungkin tak bernilai. Tapi bagi orang daif macam aku ni, yang baru habis belajar dengan hutang MARA masa zaman diploma masih lagi tertunggak nilai 20 sen bagi kenaikan harga petrol sangat membebankan dan merisaukan aku. Tambahan aku baru kerja tak sampai setahun lagi, dengan duit gaji bulanan yg cuma cukup cukup nak enjoy zaman muda ni. Belum termasuk dengan komitmen lain lagi. Belum kira tanggungjawab aku sebagai anak sulung kepada mak ayah dan sebagai kak long kepada lima orang adik. Phew *sambil lap peluh. 

Aku update entry ni sebab aku dah mula risaukan generasi anak anak aku nanti. 

Kehadapan bakal anak (kalau sempat ada anaklah), mama update entry ni supaya boleh menjadi iktibar kepada kamu bahawa hidup ini tak semudah yang kita impikan. Mama update entry ni pada 01 SEPTEMBER 2013 sempena kenaikan lagi harga petrol sebanyak 20 sen. Untuk pengetahuan kamu, besar nilainya 20 sen itu pada zaman kemelesetan ekonomi ni. Banyak status yang naik di twitter yang stesen minyak diseluruh Malaysia sedang sesak dengan kereta untuk isi minyak sebelum harga naik tepat jam 12 malam ni termasuklah papa kamu sendiri yang sedang beratur sama *besar kemungkinannyalah.
(Mama tak pasti zaman kamu ni twitter masih ada lagi atau dah pupus. Tapi untuk pengetahuan kamu, twitter pada zaman mama iaitu zaman 2013 ni sedang trending dan hangat)

Ni sumber yang mama ambil daripada facebook (pun tak pasti zaman kamu nanti facebook masih ada atau dah lenyap ditelan zaman).



Malam ini, seluruh stesen minyak di Malaysia meriah dengan puluhan kenderaan berpusu-pusu untuk mengisi petrol. Kesian pada rakyat, mengemis siang dan malam mencari rezeki tetapi duit tetap dirompak oleh pembesar.

Kami seluruh rakyat Malaysia tidak kisah dengan kenaikan 20sen, tetapi kami sangat kisah dengan kenaikan harga minyak 20sen ini akan mengubah segala harga barangan harian kami. Gula, minyak masak, susu, beras, gandum nescaya akan turut serta naik. Itu memang kami kisah.

Gambar ini kami ambil sempena pesta DS Najib umumkan kenaikan harga minyak 20sen tadi disebuah stesen minyak yang dirahsiakan. Inilah menifestasi rakyat sebenarnya. Kecewa ? Ketuklah pintu rumah malam ini, tanya setiap isirumah tiada siapa yang suka dengan kenaikan harga minyak walau naik 5sen sekalipun kecuali gologan 'macai' yang bodoh sahaja sokong tindakan ini.

Bagaimana pula kemeriahan di stesen minyak di tempat anda ? Mungkin boleh kongsikan gambar anda diruangan komen dibawah ini.

Tulisan : Pok Dogo
Untuk I LOVE KELANTAN.




Sumpah aku sedih gila. Tadi lepas balik kerja tengok kereta berpusu pusu masuk ke stesen minyak. Memang aku dah tahu tentang minyak akan naik tapi ingatkan cuma khabar angin. Dengan tangan mengigil aku call ayah kat kampung. Memang family terkejut tambah tambah mak aku. Aku dah agak dorang tak tahu tentang isu ni. Tak tertahan air mata sebab aku faham keadaan kewangan ayah kat kampung. Orang yang tak berada dalam situasi macam aku pasti akan kata "ala 20 sen jee pun.." T___T

Sedarlah aku bahawa kita kini sedang menanti detik detik kehancuran. Dunia bakal musnah pada bila bila masa dan Kita tak tahu perancangan Dia........ T_T