Monday, 2 September 2013

20 sen pun kecoh.

Hye. *Not in mood.

Hari ni kita dikejutkan dengan harga petrol naik 20 sen. "Ala 20 sen je. Bukan 20 ringgit. Rilekkslah."

Ye.. 20 sen je pun. 20 sen bagi sesetengah orang mungkin tak bernilai. Tapi bagi orang daif macam aku ni, yang baru habis belajar dengan hutang MARA masa zaman diploma masih lagi tertunggak nilai 20 sen bagi kenaikan harga petrol sangat membebankan dan merisaukan aku. Tambahan aku baru kerja tak sampai setahun lagi, dengan duit gaji bulanan yg cuma cukup cukup nak enjoy zaman muda ni. Belum termasuk dengan komitmen lain lagi. Belum kira tanggungjawab aku sebagai anak sulung kepada mak ayah dan sebagai kak long kepada lima orang adik. Phew *sambil lap peluh. 

Aku update entry ni sebab aku dah mula risaukan generasi anak anak aku nanti. 

Kehadapan bakal anak (kalau sempat ada anaklah), mama update entry ni supaya boleh menjadi iktibar kepada kamu bahawa hidup ini tak semudah yang kita impikan. Mama update entry ni pada 01 SEPTEMBER 2013 sempena kenaikan lagi harga petrol sebanyak 20 sen. Untuk pengetahuan kamu, besar nilainya 20 sen itu pada zaman kemelesetan ekonomi ni. Banyak status yang naik di twitter yang stesen minyak diseluruh Malaysia sedang sesak dengan kereta untuk isi minyak sebelum harga naik tepat jam 12 malam ni termasuklah papa kamu sendiri yang sedang beratur sama *besar kemungkinannyalah.
(Mama tak pasti zaman kamu ni twitter masih ada lagi atau dah pupus. Tapi untuk pengetahuan kamu, twitter pada zaman mama iaitu zaman 2013 ni sedang trending dan hangat)

Ni sumber yang mama ambil daripada facebook (pun tak pasti zaman kamu nanti facebook masih ada atau dah lenyap ditelan zaman).



Malam ini, seluruh stesen minyak di Malaysia meriah dengan puluhan kenderaan berpusu-pusu untuk mengisi petrol. Kesian pada rakyat, mengemis siang dan malam mencari rezeki tetapi duit tetap dirompak oleh pembesar.

Kami seluruh rakyat Malaysia tidak kisah dengan kenaikan 20sen, tetapi kami sangat kisah dengan kenaikan harga minyak 20sen ini akan mengubah segala harga barangan harian kami. Gula, minyak masak, susu, beras, gandum nescaya akan turut serta naik. Itu memang kami kisah.

Gambar ini kami ambil sempena pesta DS Najib umumkan kenaikan harga minyak 20sen tadi disebuah stesen minyak yang dirahsiakan. Inilah menifestasi rakyat sebenarnya. Kecewa ? Ketuklah pintu rumah malam ini, tanya setiap isirumah tiada siapa yang suka dengan kenaikan harga minyak walau naik 5sen sekalipun kecuali gologan 'macai' yang bodoh sahaja sokong tindakan ini.

Bagaimana pula kemeriahan di stesen minyak di tempat anda ? Mungkin boleh kongsikan gambar anda diruangan komen dibawah ini.

Tulisan : Pok Dogo
Untuk I LOVE KELANTAN.




Sumpah aku sedih gila. Tadi lepas balik kerja tengok kereta berpusu pusu masuk ke stesen minyak. Memang aku dah tahu tentang minyak akan naik tapi ingatkan cuma khabar angin. Dengan tangan mengigil aku call ayah kat kampung. Memang family terkejut tambah tambah mak aku. Aku dah agak dorang tak tahu tentang isu ni. Tak tertahan air mata sebab aku faham keadaan kewangan ayah kat kampung. Orang yang tak berada dalam situasi macam aku pasti akan kata "ala 20 sen jee pun.." T___T

Sedarlah aku bahawa kita kini sedang menanti detik detik kehancuran. Dunia bakal musnah pada bila bila masa dan Kita tak tahu perancangan Dia........ T_T




No comments: