Thursday 14 March 2013

"Ohh.. Itukan tunang saya"............

.
.
.
.
.
.
.
.


..............................katanya seorang makhluk Allah itu kepada saya.




Assalamualaikum makhluk makhluk tuhan yang comel comel, ensem ensem dan baik hati.

Semalam lepas kerja aku planning nak tengok movie together gether dengan budak rumah lepas office hour. Jadi pergilah kami (4 orang) ke GSC dengan niat untuk menonton Lawak Ke Der 2? *sumpah memang lawak gilerrr. Memang disahkan lawak sebab budak rumah pun tengok untuk kali kedua. Jadi mohon percaya yang movie tu memang lawak. *eh, tetiba promote pehal? -.-'

Ni bukan belog review filem ke apa, tapi ini belog untuk aku bercerita. Jadi mohon jangan salah faham ye?

Alkisahnya begini..
Esoknya hari aku macam biasa, bangun pukul 6.30, mandi, gosok gigi, sabun *eh? okey, takde kena mengena lagi. Cerita bermula lepas lunch. Tengah aku bersenang lenang atas kerusi empuk hak empunya opis dengan perut kekenyangan, datang seorang awek. Memang aku kenal dia dan dia pun kenal aku. Nak dipendekkan cerita, dia menanyakan aku satu soalan sambil membuat statement.


"awak bila nak bertunang? Tapi lagi molek kalau awak kahwin. Yewla, tak elok la kan kalau keluar dengan lelaki tanpa ada ikatan." 


Gua masa tu tersentap sambil menahan rasa bengkak didada. Jadi gua balas. Gua memang tahu yang dia tunangan orang, bertunang dalam bulan doblah tahun lepas, umur pun lebih kurang gua. *tetibe gangster


"kalau awak keluar berdua dengan tunang yang sah sah belum HALAL lagi tu takpe pulak?"


Gua bengang ohh masa tu. Tapi tapi.. Dia balas balik.


"Ohh.. Itukan tunang saya. Kalau orang tanya, jawab takpelah dia kan tunang saya. Yang penting orang tahu yang kami dah bertunang" 


Ya Allah, apa punya bengaplah jawapan. TUNANG bukan didatang sekali dengan pakej HALAL yang membolehkan kau buat macam macam.

(Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Dalam pertunangan si lelaki tidak ada hak langsung ke atas si wanita melainkan ikatan atau ‘perjanjian’ tersebut sahaja. 
Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM) - HASIL GOOGLE



*Aku pun bukanlah baik sangat dan aku tahu memang benar apa yang dia kata. Tapi, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan sedangkan diri sendiri berjalan tak betul. Anyway, terima kasih kerana tegur aku. Jujur, aku lagi suka orang yang berterus terang menegur kesalahan aku. Yang seeloknya nilai diri sendiri dulu.

Selamat malam dan terima kasih sudi baca :)

1 comment:

Unknown said...

hYE. What a nice blog !

visit mine :
http://shopping-woman.blogspot.com/