Assalamualaikum si cantik dan si hensem ^^
Okey, sebenarnya aku mengidam nak makan meatball. Sebab aku rasa dah hampir 2, 3 minggu kot aku tak berselera nak makan makanan ruji orang Malaysia, n a s i.
Bila dah mengidam, susah macamana pun kena dapatkan juga. Jadi, ke IKEA lah tempat yang dituju walaupun tahu hujung minggu tambah tambah hari Sabtu IKEA pasti sesak dengan makhluk makhluk tuhan. Jadi aku buat keputusan untuk menambah kesesakan lagi tempat itu.
Maka dipendekkan cerita, sampailah ketempat yang dituju yaitu IKEA, damansara. Heh. Patbelah kali pusing cari parking. Tapi tak patah semangat demi meatball *melting.
Hoih. Rumah idaman kalbu. Mahu je aku tidur kat sana taknak balik balik. Thats why aku tak posing atas katil takut terlelap tak bangun bangun =.=' Mahu ada patbelasratusribu ni. Tu pun entah cukup ke tidak. Mohon datuk masuk meminang kalau datuk baca statement berani mati saya nih.
Lepas habis mentakedarah kat IKEA..... jeng jeng jeng. To be continue.... Taip panjang lebar pun bukan baca sampai habis kan kan kan?
Terima kasih sudi baca :)
2 comments:
wah bestnye meatball..:)
Sedapnyeee. dah lame tak g makan kat ikea. tskkk
Post a Comment