Sunday 17 February 2013

@ I K E A

Assalamualaikum si cantik dan si hensem ^^

Okey, sebenarnya aku mengidam nak makan meatball. Sebab aku rasa dah hampir 2, 3 minggu kot aku tak berselera nak makan makanan ruji orang Malaysia, n a s i.

Bila dah mengidam, susah macamana pun kena dapatkan juga. Jadi, ke IKEA lah tempat yang dituju walaupun tahu hujung minggu tambah tambah hari Sabtu IKEA pasti sesak dengan makhluk makhluk tuhan. Jadi aku buat keputusan untuk menambah kesesakan lagi tempat itu.


Maka dipendekkan cerita, sampailah ketempat yang dituju yaitu IKEA, damansara. Heh. Patbelah kali pusing cari parking. Tapi tak patah semangat demi meatball *melting.



Hoih. Rumah idaman kalbu. Mahu je aku tidur kat sana taknak balik balik. Thats why aku tak posing atas katil takut terlelap tak bangun bangun =.=' Mahu ada patbelasratusribu ni. Tu pun entah cukup ke tidak. Mohon datuk masuk meminang kalau datuk baca statement berani mati saya nih.

Dah puas berposing tak ketentahuan hala, perut minta diisi dengan meatball yang gojes itu. Jadi beraturlah bersama sama. Dah habis bayar, sekali lagi episod patbelah kali pusing nak cari parking untuk makan pulak. Meja banyak tapi banyak banyak meja semua dah full. Hampir sejuk meatball baru dapat meja -.-'

Lepas habis mentakedarah kat IKEA..... jeng jeng jeng. To be continue.... Taip panjang lebar pun bukan baca sampai habis kan kan kan?

Terima kasih sudi baca :)

2 comments:

Shazleena fadzlyin said...

wah bestnye meatball..:)

Farahin Ahmad said...

Sedapnyeee. dah lame tak g makan kat ikea. tskkk