Tuesday, 15 January 2013

@ Burger Bakar Abang Burn

Korang tahu tak Burger Bakar Abang Burn?

Masa first first dulu aku tak tahu juga. Lepastu entah macamana entah hari tu ada someone ajak aku cari burger bakar. Dengar macam best kan? So kami pun gi la pusing Shah Alam, pusing pusing, jumpalah satu kedai yang bertulis Burger Bakar Abang Burn berdekatan dengan UITM ataupun Jakel.

Masa tu orang tengah beratur panjang. Biasalah, situ kan port student. Ofkes la ramai kan bebudak. So kami pun decide la nak try. First time, pada pandangan anak tekak aku la kan, burger dia lagi sedap daripada burger MCD. Lagipun  lepas peristiwa Gaza haritu, tekak aku memang dah reject terus MCD.



Ni lah ghopenya burger bakar tersebut. Patty dia sedap dan tebal. Aku lebih prefer yang beef daripada chicken. 




Tapi gambar kat atas ni bukan yang dekat Shah Alam, Seksyen 7 tuh. Ni gambar dekat Sunway Rock Cafe, Subang. Kiranya ni kali kedua aku pergi melantak burger dia. Even harga hampir 10 ringgit lebih pun, boleh katakan puas hati lah.

Lepas tu, Burger Bakar Abang Burn ada juga buat promotion hari tu. Seringgit sebiji burger untuk seorang. Disebabkan aku dah macam jatuh hati dengan burger bakar ni, sanggup aku pergi lagi kat Seksyen 7.

Next, promotion kat Sunway Rock Cafe, aku pergi lagi. Hehehe. Orang beratur panjang memang tak payah cakap la kan. Tapi aku pukul 9 dah start beratur padahal pukul 10 baru dia start jual yg promotion tu.

Dannnnnn sekarang ni, aku baru balik dari promotion burger bakar dekat Shah Alam lagi, tapi kali ni dekat Seksyen 13 pulak. Tapi kali ni, aku dapat burger yang patty tak berapa nak masak kat bahagian tengah. Tekak aku terus rasa loya sebab masih bau daging lagi kan, lepas tu ada merah daging tu sikit. Urmm rasa sedikit kecewa :'(

Kalau korang nak try, korang boleh search fesbuk Burger Bakar Abang Burn (klik je lepastu like). Dalam tu ada senarai jajahan sekali dengan map :)



2 comments:

AFNI said...

burger bakar mmg tgh femes skg ni

Ieza Wanza said...

kan? tp dah byk dah burger bakar skg. boleh pilih2 dah :)