Thursday, 10 January 2013

Sedang menghitung hari

Assalamualaikum..

Apa khabar anda diluar sana? Ececeh bajet hot pulokk aku ni. Tapi takpelah, bukan selalu pun kan *mohon  ketuk kepala aku. Hehehe.

Ok ok, berbalik pada tajuk di atas, hurmm. Agak agak apa yang sedang korang fikirkan? Menghitung hari nak bersalin? Oh no no, sama sekali salah tekaan anda. Sebab aku masih lagi bujang trang tang tang. Silalah masuk meminang. Ehehehe. Over pulak.

Ok sebenarnya ceritanya macam ni, aku sebenarnya sedang menghitung hari nak balik ke kampung halaman. Ada lebih kurang 7 hari lagi. Mesti korang tertanya tanya kan dah kenapa aku berkobar kobar nak balik kampung? Sebenarnya.... Sob sobbs sobbs.. :'( Sedih tahu tak nak cerita.

Aku sebenarnya dah lama tak balik kampung. Sejak sejak mak ayah dah lepaskan tanggungjawab mereka terhadap aku, aku terpaksalah berdikari sendiri di KL ni. Ceh ayat tak boleh blah kan? Takdelah, sejak aku dah habis belajar bulan 4 tahun lepas, lepastu konvo bulan 10. 

Lepas konvo je terus cari kerja.Then bulan 11 dapat je kerja, aku pun terus bekerja dengan fokus sampai la hari ni, bulan 1 2013, hampir 3 bulan jugak la tak balik jenguk kampung. Dannnnnnn minggu depan, aku akan balik ke kampung. Tu yang aku sedang menghitung hari ni. 

Mak ayah adik adik kat kampung pun selalu sangat bila call asyik tanya, bila nak balik, bila nak balik. Aku tahu, diorang pun rindukan aku tahap klcc sepertimana aku rindukan mereka. Diorang la pelengkap hidup aku. 



~ Aku taip entry ni dengan penuh perasaan excited sangat. Muehehehe <3

2 comments:

tHe SeMpOi GiRL said...

hai..ieza~

yup balik le kg..tgok mak ayah..mereka rindu kt awk tu :)

Ieza Wanza said...

hai sempoi girl, insyaallah akan balik hujung minggu ni. hehe.