Saturday, 26 January 2013

Kita Belajar dari Kesilapan Bukan Mengulangi

Assalamualaikumm anak anak ^^

Fuhh dah lama tak menyinggah sini. Dah berhabuk dah dia. Ololo. Ada idea, tapi bila dah ada depan lappy tetiba jadi malas. Selalu sangat macam tu. Bila kat tempat keja, dalam hotak asyik ingat nak update blog je. Tapi sampai rumah, mengadap pesbuk je 24h.

Ke aku ni dah kena badi pesbuk? Alah toksah cakap aku jela kan? Ramai lagi. Sanggup tak makan, tak minum, tak tidur. Mengadap je benda tu. Ini semuaa pooyyoooo ! =..='

Hari ni kan, hari kan.. Meh la duk rapat rapat. Mak nak cerita ni. Pada suatu hari.. Eh? Bhaha.

Ok ok, serius. Hari ni, aku kerja dgn dengan bawak diri, berbekalkan duit 10 hengget. Daifnya rasa hari ni. Selalu sangat macam ni bila tiba hujung bulan. Tskkk. Nak minta ayah, malu. Nak minta kawan, segan. Nak minta abang, tak bagi. Eh cop?? Aku anak sulong kan. Poyoo je nak ada abang abang kononn.


Poyoo je nak tepek gambar besar gedabak dengan muka yg sememeh ni. Bukan nak tunjuk muka tak malu ni, tapi nak tunjuk yang muka aku muka matang. Padahal umur tak lama lagi nak masuk 23 dah. Ada orang kata dah macam 25. Oh mummuy, tuanyaa dahku. Biasalah anak sulung kan kena la jadi matang. Gittteewww.

Ok ok, back to the topic. Hari ni pagi pagi lagi rezeki murah woo. Ada kakak ajak breakfast, tapi masa tu aku makan roti kosong jela. Ingatkan bayo sendiri. Kalau tahu dia nak belanja, aku dah makan nasi dah :D

Office hour start 8.30 kan, so harini berkobar kobar aku bekerja. Kononnya aku akan siapkan semua kerja. Memang siap. Tapi............ada satu kejadian semasa nak print cheque, aku dah yakin 500% yang aku dah letak paper cheque tu dengan betul. Semuanya ada 8 keping cheque dengan amount more than 1k. Kalau silap yang ni memang gawat la kan? Cheque ni kan berkait dengan bank. So faham fahamlah.

Aku tunggu je sampai dia habis print kelapan lapan cheque tu. Tiba masa, aku terbalikkan aku tengokkkk.....rupanya aku letak paper cheque terbalik. Bala ni bala. Dengan perasaan bercampur aduk, takut, sedih, malu, gabra. Aku bawa cheque tadi pergi jumpa aku punya SAA. Dengan perasaan bersalah, aku bagi. Wuuuuuuuu :'( Dia pun terkejut weyy.


Jeng jeng jeng.. Dipersembahkan. Wuuuu tunggang langgang dah jadinya. Malu wey malu. Kenapa aku cuai sangat? Tapi mungkin Allah nak aku lebih berhati hati lepas ni. Hmm :'( Nampak tu? Ada cop cancel warna merah kan? Bukan main marah lagi aku punya EXEC. Tapi marah dia sebenarnya more to nasihat la kan.

Lepas tu nak dijadikan cerita. Aku memang la takut kan, nanti cheque tu akan dibawa mengadap tuan director pulak. Jatuh la prestasi aku. Kalau sehelai takpe lagi, ni 8 ! Lepas tu yang si exec tu pulak duk menakutkan aku. Air mata masa tu dah bertakung kat birai tapi aku memang taknak nangis. Cuma cuak. Tapi bila ada kakak kakak exec yang lain kata "dah la, jangan takutkan dia lagi. Nak nangis dah tu" dengar je perkataan tu, terus mencurah curah wey air mata keluar padahal taknak nangis kan.

Korang pernah tak alami keadaan macam ni? Maksud aku, bukan hura harakan keadaan cheque ataupun tempat kerja korang tu. Tapi situation bila kita tengah tahan kesedihan kan. Pastu orang lain kata, "dah, jangan sedih, jangan nangis" automatik time tu la air mata akan keluar tanpa boleh ditahan tahan kan.

Tapi tak apalah, hari ni aku dah huru harakan keadaan kat office tu. InsyaAllah lain kali, sebelum buat sesuatu fikir dan teliti dulu selama yang mungkin daripada menyesal selama lamanya. Ye anak anak?  :)


No comments: