Monday 28 January 2013

Bila Allah tarik nikmat-Nya.....


Assamualaikum kakak, abang, adik, mak cik, pak cik :) 

Hari ini Ustazah Ieza Wanza nak berbicara sedikit. Ehehe. Mohon maaf dan tegurlah kalau ada salah dan silap ye?

Kali ini entry yang ditaip oleh jari jemariku ini bukanlah sebuah cerita tapi lebih kepada untuk meluahkan perasaan bahawa kita ini adalah MANUSIA yang LEMAH. Selama kita sihat, kita alpa bahawa semua yang kita nikmati itu adalah datangnya daripada Dia. MasyaAllah..

Jadi selama ini aku telah lalai, jauh tersasar dalam menjadi hamba-Nya yang sempurna. Yaa tuhan.. Ampunilah daku T_T

Pernah terdetik dihati, untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tapi bilamana kita tidak istiqamah untuk benar benar berubah, maka rasa itu akan ditarik balik oleh Dia. Jadi sebab itulah niat untuk berubah cuma hanya pada niat semata mata bukannya bertindak untuk berubah. Allah..

Bila sakit itu datang, baru aku sedar yang nikmat percuma yang aku kecapi selama aku sihat langsung tidak aku hargai. Bila Dia menguji dengan kesakitan, barulah kita mengingati Dia yang diatas sana. Allah.. Allah.. Allah.. 

Sehari dua ini, Allah telah mengujiku dengan menarik nikmat yang selama ini aku nikmati tanpa bayaran. Bila minum, tekak terasa sangat perit sedangkan ketika itu aku betul betul dahaga. Jadi aku terpaksa tahan kesakitan untuk minum. Kepala sakit, badan lenguh lenguh apatah lagi tulang dibadan ku terasa sakit bila disentuh. Ketika kita tidak bermaya, maka terucaplah kalimah indah dibibir dengan menyebut nama-Nya.

Ya Allah, kadangkala aku lupa. Nikmat yang Kau tarik bukanlah untuk menyiksakan hamba-Mu ini tapi lebih kepada untuk menyedarkanku supaya aku tidak terus leka dihanyut syurga dunia. Terima kasih ya Allah atas ujian Mu ini.

Gambar sumber daripada encik Gogel. Terimakasih.




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut. Allah T_T

6 comments:

shar90 said...

lahai... moge cepat sembuh,,, jgn xmkn ubat plak tau... huhuu
hee ^^

Unknown said...

hehe, mekasih shar. kim salam mak tau. bhaha.

NANA said...

bsyukurr sbb Allah dtgkn sakit.. ^^v

shar90 said...

namo... malu itew... hahaha
amacam gedik tak? hahaha xD

shar90 said...

namo... malu itew... hahaha
amacam gedik tak? hahaha xD

khai artzfar said...

cak? nice entry ! :)