Thursday, 5 September 2013

Do you ever feel?

Hai hai ^^

"So macamana life after minyak dah naik?"

"Erm.. I feel good." *tangandibahumaatakeatas* Hihi. 

Actually sekarang ni I tengah update belog sambil makan betik yang dibawa khas oleh bakal mak mertua dari kampung. Feel fresh and I dapat rasa kasih sayang seorang mak mertua dari betik itu. Mekasih ye mama. Mehmehmeh. Padahal takde kena mengena dengan metafora atau anafora pun -.-'



Dear Kak zirah sayang.. Selamat menempuhi alam pertunangan and welcome to the club. Akhirnya akak join jugak kita. Hihi. Berseri seri. Almaklumlah bakal pengantin tak lama lagi. So nanti together
 gether lah kita buat preparation ye ^^

"So how do you feel akak?"

"Macamana awak rasa hari tu?"

Eh eh akak ni. Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Cubit pipi gebu tu kang. Saya tahu akak sedang bahagiaaaa sangat dan kita tahu hati akak sedang berbunga bunga sama macam yang kita rasa masa 
3 Syawal hari tu. Perasaan tak boleh nak digambarkan dengan kata kata. Jadi sama sama kita berdoa semoga kita tabah dan cekal hati menempuh ujian dan dugaan sehingga tiba hari yang kita tunggukan. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin ya Allah.. 

Acctually kita jeles tahu dengan akak. Sebab engagement day akak grand sangat ! Tapi takpe.. Sebab itu adalah bahagian akak.. Akak dah lama menanti. Even engagement day aku simple tapi perjalanan ke arah hari "itu" sangat lancar seperti Allah merestui dan semua itu terjadi tanpa permintaan aku. Aku tak berharap pun akan "diikat". Tapi inilah yang orang kata "sebaik baik perancangan baik lagi perancangan dari Dia". Syukur Alhamdulillah. Allah tahu segalanya.. *nangis sambil makan betik sebab terharu*

Sampai ke detik ini pun aku masih tak percaya status aku dah bertukar. Ya Allah.. Semoga semua ini bukan lagi perkara yg sia sia sepertimana aku telah mempersiakan masa lalu aku. Amin.... The my engagement day aku akan cerita next entry. Kehkehkeh. Sebab aku nak cerita tentang engagement kakak ni dulu. She really special. Pilihan Allah diantara salah seorang insan yg mempunyai hati naluri yg kuat dan sabar. Yela, perempuan mana yang tak nak kahwin dan hidup bekeluarga kan? Tapi kakak ni lambat bertemu jodoh namun sebab dia sabar maka hari yang ditunggu tiba jua.



Alololo.. Tomey tomey. Gambar ramai ramai tu semua opismate aku. Yang si hani pakai shawl kuning tu aku dah kenal lama since zaman belajar lagi. Tapi dia baru join kerja bersama hujung bulan 8 hari tu.
 Jemu pulak ngadap muka dia hari hari -.-'

Dan of course la aku dengan incik tunang dijemput sebagai tetamu vvip untuk majlis kak zirah ni. Rasa bangga sangat sebab ramai ramai opismate dia, dia jemput aku. Weee :)




Tunangan Cik Iza? Maigadd. Rasa macam tak percaya. Hihihi.  So kami sedondon kalah retisss tahu. Hahaa. Nasib baiklah incik tunang kesayangan ni jenis yang sporting habis. Levyu more lah ! Mwah.



XOXO




Terima kasih sudi baca :)


Monday, 2 September 2013

20 sen pun kecoh.

Hye. *Not in mood.

Hari ni kita dikejutkan dengan harga petrol naik 20 sen. "Ala 20 sen je. Bukan 20 ringgit. Rilekkslah."

Ye.. 20 sen je pun. 20 sen bagi sesetengah orang mungkin tak bernilai. Tapi bagi orang daif macam aku ni, yang baru habis belajar dengan hutang MARA masa zaman diploma masih lagi tertunggak nilai 20 sen bagi kenaikan harga petrol sangat membebankan dan merisaukan aku. Tambahan aku baru kerja tak sampai setahun lagi, dengan duit gaji bulanan yg cuma cukup cukup nak enjoy zaman muda ni. Belum termasuk dengan komitmen lain lagi. Belum kira tanggungjawab aku sebagai anak sulung kepada mak ayah dan sebagai kak long kepada lima orang adik. Phew *sambil lap peluh. 

Aku update entry ni sebab aku dah mula risaukan generasi anak anak aku nanti. 

Kehadapan bakal anak (kalau sempat ada anaklah), mama update entry ni supaya boleh menjadi iktibar kepada kamu bahawa hidup ini tak semudah yang kita impikan. Mama update entry ni pada 01 SEPTEMBER 2013 sempena kenaikan lagi harga petrol sebanyak 20 sen. Untuk pengetahuan kamu, besar nilainya 20 sen itu pada zaman kemelesetan ekonomi ni. Banyak status yang naik di twitter yang stesen minyak diseluruh Malaysia sedang sesak dengan kereta untuk isi minyak sebelum harga naik tepat jam 12 malam ni termasuklah papa kamu sendiri yang sedang beratur sama *besar kemungkinannyalah.
(Mama tak pasti zaman kamu ni twitter masih ada lagi atau dah pupus. Tapi untuk pengetahuan kamu, twitter pada zaman mama iaitu zaman 2013 ni sedang trending dan hangat)

Ni sumber yang mama ambil daripada facebook (pun tak pasti zaman kamu nanti facebook masih ada atau dah lenyap ditelan zaman).



Malam ini, seluruh stesen minyak di Malaysia meriah dengan puluhan kenderaan berpusu-pusu untuk mengisi petrol. Kesian pada rakyat, mengemis siang dan malam mencari rezeki tetapi duit tetap dirompak oleh pembesar.

Kami seluruh rakyat Malaysia tidak kisah dengan kenaikan 20sen, tetapi kami sangat kisah dengan kenaikan harga minyak 20sen ini akan mengubah segala harga barangan harian kami. Gula, minyak masak, susu, beras, gandum nescaya akan turut serta naik. Itu memang kami kisah.

Gambar ini kami ambil sempena pesta DS Najib umumkan kenaikan harga minyak 20sen tadi disebuah stesen minyak yang dirahsiakan. Inilah menifestasi rakyat sebenarnya. Kecewa ? Ketuklah pintu rumah malam ini, tanya setiap isirumah tiada siapa yang suka dengan kenaikan harga minyak walau naik 5sen sekalipun kecuali gologan 'macai' yang bodoh sahaja sokong tindakan ini.

Bagaimana pula kemeriahan di stesen minyak di tempat anda ? Mungkin boleh kongsikan gambar anda diruangan komen dibawah ini.

Tulisan : Pok Dogo
Untuk I LOVE KELANTAN.




Sumpah aku sedih gila. Tadi lepas balik kerja tengok kereta berpusu pusu masuk ke stesen minyak. Memang aku dah tahu tentang minyak akan naik tapi ingatkan cuma khabar angin. Dengan tangan mengigil aku call ayah kat kampung. Memang family terkejut tambah tambah mak aku. Aku dah agak dorang tak tahu tentang isu ni. Tak tertahan air mata sebab aku faham keadaan kewangan ayah kat kampung. Orang yang tak berada dalam situasi macam aku pasti akan kata "ala 20 sen jee pun.." T___T

Sedarlah aku bahawa kita kini sedang menanti detik detik kehancuran. Dunia bakal musnah pada bila bila masa dan Kita tak tahu perancangan Dia........ T_T




Saturday, 31 August 2013

Dan kerana sifat malas itu menebal.

Salam Sabtu buat kawankawan belog and stalker. Selamat berhujung minggu !

Seperti tajuk di atas.. Dek kerana sifat malas lagi tebal kalau nak dibanndingkan dengan sifat rajin maka belog aku sudah lama tak ber"update".

Oh jadi hari ini adalah 31 Ogos? Oh jadi hari ini hari merdeka? Oh jadi hari ini kita masih dibulan Syawal? Oh patutlah masih ada orang yg invite ke open house. Oh? Oh mannn -.-'




Merdeka kau kata Merdeka apa? Merdeka atas nama Hanya dikalender Tapi Tiada dijiwa Dihati juga Fikirnya Hanya bergembira Celaka

Via:twitter @puisiiblis

Nampak puisi di atas? Puisi tu aku ambil dekat twitter hamba Allah. Mohon share ye sebab aku tertarik dengan bait bait itu. Ye, bagi anak muda. Fikirnya hanya bergembira. Sebab aku pun pernah lalui fasa itu. But its not mean i'm old already. Just 23 on December this year ok. Sweetttt lagi. Mihmihmih.

Tahun ni aku tak macam tahun tahun sudah. Tahun sudah sebolehnya nak keluar tengok bunga api dan lepak bagai. Tapi tahun ni entah kenapa. Just duduk rumah, tengok tv then pukul 10 dah kroh kroh. Hihi. Mungkin sebab malas atau kerana si dia yang kena kerja semata mata nak kumpul duit bayar ansuran kereta, tunai impian kitaorang untuk ke jinjang pelamin. Eh? Ok takde kena mengena -.-'

Ke mungkin sifat malas aku maka aku lebih senang lepak santai kat rumah macam hari ini? Tapi petang ni ingat nak ajak dia gi Shah Alam, pergi cari baju untuk kenduri kahwin my kezen 14hb nanti. Tapi rasa macam malas jeeee ! Arghh.





Monday, 19 August 2013

Setelah menyepi....

Assalamualaikum.. Mak cik, pak cik, adik kakak and abang abang sekalian *kalau ada la. Mehmehmeh.

Dah lama kan aku biarkan belog ni terbiar. Tu la, aku ni bukan dalam kategori rajin mana pun. Tapi gatal tangan nak berbelog jugak gara gara tengok orang lain macam best je kan duk update belog. Mungkin aku ni tergolong dalam kategori gedik. Yela.. Kejap rajin update, kejap malas. Kalau dah malas hah toksah tunggu aku update lah, tunggulah dua tiga bulan kemudian itupun kalau aku masih ingat password belog ni lagi. Tadi pun dah nyaris2 kot lupa password. Hahaha. 

Acctually, aku takde apa nak cerita pun lagi. Banyak cerita tapi aku biar kepam dalam kepala je. Malas pulak nak curah kat dalam belog ni lagipun lappy aku ni dah macam nazak dah. Kejap blank kejap okey. 

Tapi ada sedikit ceritera yg terjadi masa beberapa bulan kebelakangan ini. Meh aku sajikan. Tadaaaa :




Congrats my dear lovely frens for your wedding. I'm really excited ! 

Guess what? My childhood friend has been a wife and I'm really excited. Excited sampai tak tahu nak cakap macamna. Bayangkan dia yang membesar bersama, sama sama gi sekolah naik basikal, sama sama mandi sungai, panjat pokok, curi buah jambu, main ten ten now we all dah besar panjang and she now pegang status as a WIFE !! You soooo pretty dear and I think three of us really pretty on the that day.

See betapa excitednya aku sampai bahasa pun aku dah campur adukkan. Bhaha. Peduli pulak. Inikan belog aku. So suka hati akulah. Lalala. Kita tiga orang ni memang rapat giler masa kecik kecik dulu. Yela, duduk pun satu kampung kan. Ada sorang lagi sebenarnya tapi takde dalam gambar ni. Agak agak lepas ni turn sapa la pulak. Mehmehmeh. Btw, cerita ini cerita pada 30.06.2013. Boleh nampak tak dah berapa bulan aku kepam baru hari ni nak update. Hahaha.

Okey lah. Dah nak pukul 11 so esok esok lah kita sambung dengan cerita lain pulak. Esok kerja so aku nak tidur awal. Okbye :*

Sunday, 14 April 2013

2012 : Lahirnya dia selepas 10 tahun.

Assalamualaikum :)

iloveyoumummy 

Mengimbau kembali kenangan. Detik detik ini takkan berulang lagi. Lihatlah dan cuba bayangkan. Dalam perut itu ada kita. Kita yang masih lagi belum melihat dunia dan belum tahu pahit maung kehidupan yang bakal kita tempuh nanti. Ya Allah.. Bayangkan sembilan bulan kita dalam perut mak kita dan mak kita dengan susah payahnya mengusung kita kesana sini. Allah.. Ampuni dosa kami pada ibu kami. Letakkan mereka di tempat-Mu yang paling mulia :'(

Syukur. Ibu aku masih lagi diberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang. Alhamdulillah.

Apa yang aku nak cerita disini ialah.. Ibu aku pada masa itu berusia 42 dan sedang mengandung adik aku yang paling bongsu dan sekarang ni dah 8 bulan. Alhamdulillah.. Pantas sungguh masa yang berlalu. Lihatlah dik, dalam perut itu ada kamu. Kami semua pada masa tu ternanti nanti kehadiran kamu. Sebab dah 10 tahun rumah kami bebas daripada baby. Ingatkan dah tak ada. Tapi inilah keajaiban.

Adik aku yang bongsu 'tak jadi' itu tersangatlah terlebih excited sebab dia bakal jadi abang. 10 tahun kot jarak diorang. Jarang orang boleh terima kan? Sebab selalunya anak bongsu dia tak boleh terima hakikat yang dia akan ada adik sebab dah lama dia pegang title 'adik'. Macam adik aku yang nombor 3. Still sampai sekarang tak boleh terima hakikat yang dia bukan anak bongsu lagi even dah ada 3 orang adik bawah dia sebabnya dia pegang status anak bongsu selama tujuh tahun =.='

12082012 : Wan Nur Izzul Airel  bin Wan NorHisham

Setahun setelah pemergian arwah atuk sebelah mak lahirlah dia sebagai pengganti. Masa tu ramai yang kata muka dia sebijik macam arwah atuk :'( Rindunya kat arwah atuk dengan nenek sebelah ibu. *Alfatihah.

Tengok tu dik, polos je muka kamu masa ni. Gambar ni ayah aku yang ambil. Hari pertama dia di dunia. Masa ni dia diasingkan sebab ada komplikasi. Kami adik beradik pun dapat tengok dari jauh je apatah lagi nak sentuh dia. Memang tak dapatlah. Cuma parents saja yang dibenarkan melawat. Lahir pun bulan puasa. Lagi seminggu nak raya. Banyak jugaklah dugaan masa tu. 

Masa pagi kejadian, macam selalunya sedang kami bersahur, mak ke toilet. Dalam pukul 6 pagi mak bagitau ayah ada darah keluar. Tapi mak still buat rilek. Aku dah cuak. Yewla, aku nak first kan. Teruja jugaklah sebab nak dapat adik lagi sedang aku dah 22 tahun. Then, ayah kata pergi bersiap kita ke hospital sekarang. Tapi kami adik beradik tak boleh ikut. So kami menanti je dirumah. 

Tak lama tu ayah call aku. Katanya mak dah dibawa naik ambulans untuk ke Hospital Kota Bharu sebab ada komplikasi and doc pakar kat Hospital Kuala Krai tak ada pada hari itu. Aku takut sangat dan berdoa semoga dua dua selamat. Tengahari ayah call cakap "Alhamdulillah semua selamat tapi adik kena tahan kat wad baby dulu". Masa tu rasa sebak nak menangis. Kami lima beradik bagaikan bermimpi sebab dah ada ahli baru dalam family.

Hari kedua

Masa ni aku pergi dengan kawan aku. Ayah kerja. Adik2 yang lain aku tinggal. Hahaa. Kejam tak? Takdelah. Dorang sekolah kan. Masa ni nurse baru bawa dia tempat mak. Nurse tu suruh aku salinkan kain yang balut tubuh baby dengan pakaian sendiri. Aku lah yang kena uruskan sebab mak bersalin operate and tak boleh banyak gerak. Masa tu pulak tak ada orang yang jaga mak. Ya Allah.. Terketar ketar jari aku. Pertama kali sentuh kulit dia aku gementar sangat. Halus, suci dan berdebu. Tengok tu kaki dia. Aku nak sentuh pun takut.  Hehe.

Lagi korang boleh baca disini 
-
-
-
-
-

Terima kasih sudi baca :)





Wednesday, 3 April 2013

Bila tiba masa.


Suatu penantian yang tak pernah sia sia. Bila ibu dan ayah mula merestui hubungan kita dengan seseorang, satu perasaaan indah sukar untuk digambarkan melainkan kita sendiri yang melaluinya. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu ya Allah. Tambah tambah lagi jika kita pernah melalui satu detik sukar yang pada dulunya hubungan itu pernah ditentang oleh ibu dan ayah sendiri. Pada masa itu harapan untuk membina hidup bersama bagaikan telah pudar. Sebab pada aku, hubungan yang ditentang oleh ibu dan ayah takkan ada berkatnya dan takkan ada bahagia.


Tiba masa.. Allah dah bukakan hati kedua orang tua dan Allah telah menunjukkan jalan untuk ke arah 'itu'. Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu aku luahkan. Hanya doa dan harapan semoga semua berjalan seperti yang diharapkan. Semoga pilihan kali ini yang terbaik. Amin :') 

 "JODOH TAK AKAN LARI KEMANA KERANA SEJAK ROH TELAH BERSATU DENGAN JASAD, SIAPA JODOHMU TELAH DITENTUKAN OLEH-NYA"


Terima kasih sudi baca :)


Thursday, 14 March 2013

"Ohh.. Itukan tunang saya"............

.
.
.
.
.
.
.
.


..............................katanya seorang makhluk Allah itu kepada saya.




Assalamualaikum makhluk makhluk tuhan yang comel comel, ensem ensem dan baik hati.

Semalam lepas kerja aku planning nak tengok movie together gether dengan budak rumah lepas office hour. Jadi pergilah kami (4 orang) ke GSC dengan niat untuk menonton Lawak Ke Der 2? *sumpah memang lawak gilerrr. Memang disahkan lawak sebab budak rumah pun tengok untuk kali kedua. Jadi mohon percaya yang movie tu memang lawak. *eh, tetiba promote pehal? -.-'

Ni bukan belog review filem ke apa, tapi ini belog untuk aku bercerita. Jadi mohon jangan salah faham ye?

Alkisahnya begini..
Esoknya hari aku macam biasa, bangun pukul 6.30, mandi, gosok gigi, sabun *eh? okey, takde kena mengena lagi. Cerita bermula lepas lunch. Tengah aku bersenang lenang atas kerusi empuk hak empunya opis dengan perut kekenyangan, datang seorang awek. Memang aku kenal dia dan dia pun kenal aku. Nak dipendekkan cerita, dia menanyakan aku satu soalan sambil membuat statement.


"awak bila nak bertunang? Tapi lagi molek kalau awak kahwin. Yewla, tak elok la kan kalau keluar dengan lelaki tanpa ada ikatan." 


Gua masa tu tersentap sambil menahan rasa bengkak didada. Jadi gua balas. Gua memang tahu yang dia tunangan orang, bertunang dalam bulan doblah tahun lepas, umur pun lebih kurang gua. *tetibe gangster


"kalau awak keluar berdua dengan tunang yang sah sah belum HALAL lagi tu takpe pulak?"


Gua bengang ohh masa tu. Tapi tapi.. Dia balas balik.


"Ohh.. Itukan tunang saya. Kalau orang tanya, jawab takpelah dia kan tunang saya. Yang penting orang tahu yang kami dah bertunang" 


Ya Allah, apa punya bengaplah jawapan. TUNANG bukan didatang sekali dengan pakej HALAL yang membolehkan kau buat macam macam.

(Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Dalam pertunangan si lelaki tidak ada hak langsung ke atas si wanita melainkan ikatan atau ‘perjanjian’ tersebut sahaja. 
Tetapi dalam bab keluar bersama-sama tanpa mahram, berdua-duaan dalam kereta, keluar pagi balik petang, menghantar mengambil dari tempat kerja, tinggal bersama-sama dan segala jenis perbuatan seumpama itu yang lain, maka hukumnya adalah HARAM) - HASIL GOOGLE



*Aku pun bukanlah baik sangat dan aku tahu memang benar apa yang dia kata. Tapi, ibarat ketam mengajar anaknya berjalan sedangkan diri sendiri berjalan tak betul. Anyway, terima kasih kerana tegur aku. Jujur, aku lagi suka orang yang berterus terang menegur kesalahan aku. Yang seeloknya nilai diri sendiri dulu.

Selamat malam dan terima kasih sudi baca :)

Sunday, 10 March 2013

Cerita dari hati

Assalamualaikumm.. Ola oli ku beri nama cikebum cikebum ^^

Sound macam happy kan? tapi itulah aku. suka berpura pura sedangkan watak sebenar bukan begitu. di dalam dada penuh dengan cerita yang hanya aku dengan Dia saja yang tahu. tapi demi untuk mengembirakan orang orang disisi aku rela berpura pura tersenyum disebalik tangisan.



*dah apa jadahnya nak emo pepagi Ahad ni cik Ieza Wanza?


Tadaaa.. sengaja tepek gambar besar besar nak bagi korang terkejut kot kot ada yang masih mamai lagi.


Mentang mentanglah hari ni hari Ahad kan so korang bolehlah bantai tidur sepuas hati kan? besok mesti ramai yang sick morning sebab salah seorangnya ofkos la aku.

2013, and now dah bulan 3. korang tak rasa macam cepat ke masa yang berlalu? bagi aku, masa berlalu sangat pantas. sebab tu aku dah lama tak update beby belog sebab selalu tak terkejar dengan masa yang berlalu. jadi sepanjang 3 bulan kita berada di tahun 2013 ni, aku rasa dah macam macam cerita aku kutip. setiap hari ada je cerita. ayat macam yuna je *setiap gambar ada lagunya. tak boleh blah.

aku sebenarnya tak ready lagi nak jadi manusia yang bertanggungjawab. tapi aku cuba. kadang aku terfikir kenapa jalan yang aku pilih berliku sedangkan Allah dah hamparkan jalan yang lurus untuk aku. kenapa aku pilih hidup yang tak bahagia sedangkan aku tahu ada kebahagiaan lain yang menanti aku. kenapa aku biarkan semua ni berlaku sedangkan aku tahu aku terluka :'(

ahh sudahlah. aku malas la nak emo emo, sesedih bagai. come on la ieza. wake up. kalau kau tak ubah diri kau, siapa lagi nak ubah? *maki diri sendiri.

motif disini ialah, aku rindu seseorang yang pernah bagi aku kata kata semangat, yang pernah bagi aku jalan, yang pernah bagi harapan tapi kini dia dah berlalu sebab aku tak pernah dengar dan cuba apa yang dia harapkan. kbye !

Terima kasih sudi baca.



Sunday, 17 February 2013

@ I K E A

Assalamualaikum si cantik dan si hensem ^^

Okey, sebenarnya aku mengidam nak makan meatball. Sebab aku rasa dah hampir 2, 3 minggu kot aku tak berselera nak makan makanan ruji orang Malaysia, n a s i.

Bila dah mengidam, susah macamana pun kena dapatkan juga. Jadi, ke IKEA lah tempat yang dituju walaupun tahu hujung minggu tambah tambah hari Sabtu IKEA pasti sesak dengan makhluk makhluk tuhan. Jadi aku buat keputusan untuk menambah kesesakan lagi tempat itu.


Maka dipendekkan cerita, sampailah ketempat yang dituju yaitu IKEA, damansara. Heh. Patbelah kali pusing cari parking. Tapi tak patah semangat demi meatball *melting.



Hoih. Rumah idaman kalbu. Mahu je aku tidur kat sana taknak balik balik. Thats why aku tak posing atas katil takut terlelap tak bangun bangun =.=' Mahu ada patbelasratusribu ni. Tu pun entah cukup ke tidak. Mohon datuk masuk meminang kalau datuk baca statement berani mati saya nih.

Dah puas berposing tak ketentahuan hala, perut minta diisi dengan meatball yang gojes itu. Jadi beraturlah bersama sama. Dah habis bayar, sekali lagi episod patbelah kali pusing nak cari parking untuk makan pulak. Meja banyak tapi banyak banyak meja semua dah full. Hampir sejuk meatball baru dapat meja -.-'

Lepas habis mentakedarah kat IKEA..... jeng jeng jeng. To be continue.... Taip panjang lebar pun bukan baca sampai habis kan kan kan?

Terima kasih sudi baca :)

Monday, 28 January 2013

Bila Allah tarik nikmat-Nya.....


Assamualaikum kakak, abang, adik, mak cik, pak cik :) 

Hari ini Ustazah Ieza Wanza nak berbicara sedikit. Ehehe. Mohon maaf dan tegurlah kalau ada salah dan silap ye?

Kali ini entry yang ditaip oleh jari jemariku ini bukanlah sebuah cerita tapi lebih kepada untuk meluahkan perasaan bahawa kita ini adalah MANUSIA yang LEMAH. Selama kita sihat, kita alpa bahawa semua yang kita nikmati itu adalah datangnya daripada Dia. MasyaAllah..

Jadi selama ini aku telah lalai, jauh tersasar dalam menjadi hamba-Nya yang sempurna. Yaa tuhan.. Ampunilah daku T_T

Pernah terdetik dihati, untuk berubah ke arah yang lebih baik. Tapi bilamana kita tidak istiqamah untuk benar benar berubah, maka rasa itu akan ditarik balik oleh Dia. Jadi sebab itulah niat untuk berubah cuma hanya pada niat semata mata bukannya bertindak untuk berubah. Allah..

Bila sakit itu datang, baru aku sedar yang nikmat percuma yang aku kecapi selama aku sihat langsung tidak aku hargai. Bila Dia menguji dengan kesakitan, barulah kita mengingati Dia yang diatas sana. Allah.. Allah.. Allah.. 

Sehari dua ini, Allah telah mengujiku dengan menarik nikmat yang selama ini aku nikmati tanpa bayaran. Bila minum, tekak terasa sangat perit sedangkan ketika itu aku betul betul dahaga. Jadi aku terpaksa tahan kesakitan untuk minum. Kepala sakit, badan lenguh lenguh apatah lagi tulang dibadan ku terasa sakit bila disentuh. Ketika kita tidak bermaya, maka terucaplah kalimah indah dibibir dengan menyebut nama-Nya.

Ya Allah, kadangkala aku lupa. Nikmat yang Kau tarik bukanlah untuk menyiksakan hamba-Mu ini tapi lebih kepada untuk menyedarkanku supaya aku tidak terus leka dihanyut syurga dunia. Terima kasih ya Allah atas ujian Mu ini.

Gambar sumber daripada encik Gogel. Terimakasih.




Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH ( pucat )
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sihat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut. Allah T_T

Sunday, 27 January 2013

Heart is Hurt !



#Bila hati luka, luka meninggalkan parut, parut meninggalkan kesakitan.










Siapa kata anak sulung bukan anak manja?

Holaaaa.. assalamualaikum tentawan !
-
-
-
-
-
-
-



si sulong vs si bongsu

Wuuuuu.. :'( tengok gambar ni kan hati aku terus melompat lompat nak balik kampung weyy. sumpah rindu giler dengan budak kecik ni. tak puas lagi nak peluk peluk dia, nak cium cium dia. lamanya nak tunggu cuti raya cina.

Eh korang nampak kan gambar tu? macam pelik kan aku ada adik yang masih lagi beby beby pada usia 22 tahun 1 bulan ni. macam tak percaya. tapi inilah keajaiban dari Allah yang menghadirkan dia selepas......*tetttt*.... to be continue on next entry :)

Siapa kat sini anak sulung? okeyy kita geng ! bangga tak dapat jadi anak sulung? bangga kan? bangga kan? *sambil angkat angkat kening.

Korang tahu tak, kita anak first banyaaakkkk sangat yang special tentang kita. Meh aku list kan :

  • Kita adalah buah cinta pertama mak ayah. mereka berusaha untuk dapatkan kita dan sabar menunggu kita. ada yang kena tunggu lama, tapi mereka tak jemu menanti. sebab dengan kehadiran kita, lengkaplah hidup mereka dengan membawa gelaran umi wan, mak ayah, mama papa, mummy daddy dan macam macam lagi, kan?
  • Barang barang kita pun semua baru. tak macam anak yang nombor 2, 3, 4, 5. dorang kalau nak barang baru, mak mesti kata "ambil yang kakak jelah" kan? tapi tak juga kan?
  • Lagi.... bila kita buat kesalahan pun, tak ada abang or kakak yang nak tengking2 nak marah2. kan? cuma mak ayah je yang boleh tegur. kalau nak buat apa apa keputusan or nak tanya pendapat ke, mak ayah mesti akan tanya anak sulung kan? ohh bangganya. *mohon jeles ye ^^



iloveyousomuch, mummy daddy. 
.
.
.
.
.
.

fullstop

Sebenarnya banyak lagi. tapi aku dah tak boleh nak list kan dengan panjang lebar lagi. nanti bertambah kecemburuan pada orang yang bukan bergelar anak sulung. muehehehe. sooo anak sulung tahulah bagaimana mak ayah memanjakan kita kita yang bergelar anak sulung ni :)


Saturday, 26 January 2013

Kita Belajar dari Kesilapan Bukan Mengulangi

Assalamualaikumm anak anak ^^

Fuhh dah lama tak menyinggah sini. Dah berhabuk dah dia. Ololo. Ada idea, tapi bila dah ada depan lappy tetiba jadi malas. Selalu sangat macam tu. Bila kat tempat keja, dalam hotak asyik ingat nak update blog je. Tapi sampai rumah, mengadap pesbuk je 24h.

Ke aku ni dah kena badi pesbuk? Alah toksah cakap aku jela kan? Ramai lagi. Sanggup tak makan, tak minum, tak tidur. Mengadap je benda tu. Ini semuaa pooyyoooo ! =..='

Hari ni kan, hari kan.. Meh la duk rapat rapat. Mak nak cerita ni. Pada suatu hari.. Eh? Bhaha.

Ok ok, serius. Hari ni, aku kerja dgn dengan bawak diri, berbekalkan duit 10 hengget. Daifnya rasa hari ni. Selalu sangat macam ni bila tiba hujung bulan. Tskkk. Nak minta ayah, malu. Nak minta kawan, segan. Nak minta abang, tak bagi. Eh cop?? Aku anak sulong kan. Poyoo je nak ada abang abang kononn.


Poyoo je nak tepek gambar besar gedabak dengan muka yg sememeh ni. Bukan nak tunjuk muka tak malu ni, tapi nak tunjuk yang muka aku muka matang. Padahal umur tak lama lagi nak masuk 23 dah. Ada orang kata dah macam 25. Oh mummuy, tuanyaa dahku. Biasalah anak sulung kan kena la jadi matang. Gittteewww.

Ok ok, back to the topic. Hari ni pagi pagi lagi rezeki murah woo. Ada kakak ajak breakfast, tapi masa tu aku makan roti kosong jela. Ingatkan bayo sendiri. Kalau tahu dia nak belanja, aku dah makan nasi dah :D

Office hour start 8.30 kan, so harini berkobar kobar aku bekerja. Kononnya aku akan siapkan semua kerja. Memang siap. Tapi............ada satu kejadian semasa nak print cheque, aku dah yakin 500% yang aku dah letak paper cheque tu dengan betul. Semuanya ada 8 keping cheque dengan amount more than 1k. Kalau silap yang ni memang gawat la kan? Cheque ni kan berkait dengan bank. So faham fahamlah.

Aku tunggu je sampai dia habis print kelapan lapan cheque tu. Tiba masa, aku terbalikkan aku tengokkkk.....rupanya aku letak paper cheque terbalik. Bala ni bala. Dengan perasaan bercampur aduk, takut, sedih, malu, gabra. Aku bawa cheque tadi pergi jumpa aku punya SAA. Dengan perasaan bersalah, aku bagi. Wuuuuuuuu :'( Dia pun terkejut weyy.


Jeng jeng jeng.. Dipersembahkan. Wuuuu tunggang langgang dah jadinya. Malu wey malu. Kenapa aku cuai sangat? Tapi mungkin Allah nak aku lebih berhati hati lepas ni. Hmm :'( Nampak tu? Ada cop cancel warna merah kan? Bukan main marah lagi aku punya EXEC. Tapi marah dia sebenarnya more to nasihat la kan.

Lepas tu nak dijadikan cerita. Aku memang la takut kan, nanti cheque tu akan dibawa mengadap tuan director pulak. Jatuh la prestasi aku. Kalau sehelai takpe lagi, ni 8 ! Lepas tu yang si exec tu pulak duk menakutkan aku. Air mata masa tu dah bertakung kat birai tapi aku memang taknak nangis. Cuma cuak. Tapi bila ada kakak kakak exec yang lain kata "dah la, jangan takutkan dia lagi. Nak nangis dah tu" dengar je perkataan tu, terus mencurah curah wey air mata keluar padahal taknak nangis kan.

Korang pernah tak alami keadaan macam ni? Maksud aku, bukan hura harakan keadaan cheque ataupun tempat kerja korang tu. Tapi situation bila kita tengah tahan kesedihan kan. Pastu orang lain kata, "dah, jangan sedih, jangan nangis" automatik time tu la air mata akan keluar tanpa boleh ditahan tahan kan.

Tapi tak apalah, hari ni aku dah huru harakan keadaan kat office tu. InsyaAllah lain kali, sebelum buat sesuatu fikir dan teliti dulu selama yang mungkin daripada menyesal selama lamanya. Ye anak anak?  :)


Tuesday, 15 January 2013

@ Burger Bakar Abang Burn

Korang tahu tak Burger Bakar Abang Burn?

Masa first first dulu aku tak tahu juga. Lepastu entah macamana entah hari tu ada someone ajak aku cari burger bakar. Dengar macam best kan? So kami pun gi la pusing Shah Alam, pusing pusing, jumpalah satu kedai yang bertulis Burger Bakar Abang Burn berdekatan dengan UITM ataupun Jakel.

Masa tu orang tengah beratur panjang. Biasalah, situ kan port student. Ofkes la ramai kan bebudak. So kami pun decide la nak try. First time, pada pandangan anak tekak aku la kan, burger dia lagi sedap daripada burger MCD. Lagipun  lepas peristiwa Gaza haritu, tekak aku memang dah reject terus MCD.



Ni lah ghopenya burger bakar tersebut. Patty dia sedap dan tebal. Aku lebih prefer yang beef daripada chicken. 




Tapi gambar kat atas ni bukan yang dekat Shah Alam, Seksyen 7 tuh. Ni gambar dekat Sunway Rock Cafe, Subang. Kiranya ni kali kedua aku pergi melantak burger dia. Even harga hampir 10 ringgit lebih pun, boleh katakan puas hati lah.

Lepas tu, Burger Bakar Abang Burn ada juga buat promotion hari tu. Seringgit sebiji burger untuk seorang. Disebabkan aku dah macam jatuh hati dengan burger bakar ni, sanggup aku pergi lagi kat Seksyen 7.

Next, promotion kat Sunway Rock Cafe, aku pergi lagi. Hehehe. Orang beratur panjang memang tak payah cakap la kan. Tapi aku pukul 9 dah start beratur padahal pukul 10 baru dia start jual yg promotion tu.

Dannnnnn sekarang ni, aku baru balik dari promotion burger bakar dekat Shah Alam lagi, tapi kali ni dekat Seksyen 13 pulak. Tapi kali ni, aku dapat burger yang patty tak berapa nak masak kat bahagian tengah. Tekak aku terus rasa loya sebab masih bau daging lagi kan, lepas tu ada merah daging tu sikit. Urmm rasa sedikit kecewa :'(

Kalau korang nak try, korang boleh search fesbuk Burger Bakar Abang Burn (klik je lepastu like). Dalam tu ada senarai jajahan sekali dengan map :)



Sunday, 13 January 2013

Sick Monday

Ermmm...

Besok I S N I N.




Waaa kenapa cepat sangat masa yang berlalu? Kenapa? Kenapa? Tak puas lagi tidur, bangun lambat. Bosan bosan. Bosan dengan kerja. Kalau pergi kerja, ada banyak kerja nak buat takpe jugak. Ni tak, aku gi kerja, memang ada kerja nak buat, tapi dalam masa sejam aku boleh siapkan kerja aku. Lepas tu, mengadap je pc pura pura busy. Arghh bosan.

Orang lain semua kata "wah best lah position kau ni kan, jaga other income je, kerja pun senang, banyak rilek je"

Sedap kau kata? Haa meh tukar tempat dengan aku. Baru kau tahu kebosanan aku kat tahap mana. Aku rasa macam nak sambung study balik la. Tapi.. Urm..




Eh jum ramai ramai ambil mc besok? Hehehehe :D Selamat malam.




"Semakin kita dewasa, semakin besar tanggungjawab kita"

@ House of Nasi Kerabu

Assalamualaikum..

Okey, malam tadi malam minggu kan? Korang gi mana je? Asal malam minggu mesti ramai yang keluar kan? Okey, dah tahu dah.

Malam tadi aku dengan En Ryo keluar gara gara dia yang mengidam nak makan nasi kerabu. Dari awal tahun lagi. Tskk kesian pun ado. Maka selepas survey tang mana ada jual nasi kerabu yang sedap, kami pun decide nak try nasi kerabu kat House of Nasi Kerabu (HONK), area Prima Sri Gombak.

Kan ni first time baru nak jejak ke sana, so pusing pusing jugaklah nak cari mana kedainya.  Akhirnya jumpa juga. Tak susah pun nak cari. Korang pusing pusing, last last akan jumpa juga. Ekeke.

Ingat nak bersantai area luar je kan, dapatlah juga merasa angin yang sepoi sepoi bahasa sambil menikmati nasi kerabu. Tapi dah penuh, so kami ambil tempat kat bahagian dalam la. Okey, decorate pun boleh tahanlah.







:: Nasi Kerabu Tumis Istimewa (Daging Bakar, Ayam Bakar, Bawang Jeruk, Telur Masin - RM9.50 ::





:: Nasi Kerabu Nara (Daging Bakar/Ayam Bakar, Telur Masin Keropok) - RM6.90 ::

# Konklusi disini ialah, nasi kerabu dia terbaik. Tapi ada sikit je yang aku tak puas, ayam dan daging sikit, macam tak cukup dengan nasi yang agak banyak. Esoknya, En Ryo kata dia belum puas makan nasi kerabu kat sini. Masih teringat ingat katanya. Pada sesiapa yang nak try, follow address kat bawah ni yee :

Lot 89-G, Jln SG Prima 3,Prima Sri Gombak, 68100, Batu Caves, Selangor.


Thursday, 10 January 2013

Dinner 05 Januari 2013

Awal tahun ni, aku ada pergi event dengan company aku. Katanya dinner ni untuk appreciate staff hq dekat Grand Dorsett Subang Hotel, Subang Jaya. Tema dinner, Rock and Roll. Macam best kan. Tapi memang best pun. Kehkehkeh. Sepatutnya dinner ni berlangsung hujung tahun lepas tapi mungkin ada masalah teknikal agaknya, kena postpone awal tahun ni. Tapi boleh dikatakan aku adalah staff baru yang bertuah. Sebab pertama ialah, aku join company ni about one month before birthday. Lepas tu, hujung tahun kan ada macam macam event. So, aku kira bertuah la sebab dapat attend setiap event yang best best. 

Azam Pitt 

Ada cerita di sebalik gambar ni. Mula mula kan, masa dia kat table aku tak kenal dia siapa. Ingatkan dia salah seorang staff jugak. So aku pun wat donno jela. Lepas tu, aku dengan budak budak tengah ambil gambar kat luar ballroom, tiba tiba dia lalu belakang, lepastu dorang cakap "eh tu kan azam pitt?" aku pun tanya la "sape azam pitt? eh aku tak kenal lah"  "tu budak af, femes jugak tapi dia tersingkir awal" aku pun dengar perkataan FEMES terus aku panggil dia, "eh awak awak, nak bergambar boleh?" dengan muka tak malu. Bhahahaha. Balik rumah, esoknya terus aku google AZAM PITT. Ohh baru aku tahu dia artis. 


Projek Pistol



Menu dinner



Salad with island thousand sauce




Vegetable soup




Blackpepper chicken, fish fillet, wedges, curry





Linda & Diana Rafar



Lanun Steak House
Finally, habis je dinner dalam 12 lebih, aku ke KL pulak Lanun Steak House, area belakang klcc. Ada yang lapar tapi sebenarnya aku pun lapar jugak. Al maklumlah dinner korporat kan, makan kena lah berpada pada bukan boleh buat macam makan dengan member member. Sampai rumah pukul 3 pagi. Ni kalau mak aku tahu, teruk aku kena bantai. Ok bye.



Sedang menghitung hari

Assalamualaikum..

Apa khabar anda diluar sana? Ececeh bajet hot pulokk aku ni. Tapi takpelah, bukan selalu pun kan *mohon  ketuk kepala aku. Hehehe.

Ok ok, berbalik pada tajuk di atas, hurmm. Agak agak apa yang sedang korang fikirkan? Menghitung hari nak bersalin? Oh no no, sama sekali salah tekaan anda. Sebab aku masih lagi bujang trang tang tang. Silalah masuk meminang. Ehehehe. Over pulak.

Ok sebenarnya ceritanya macam ni, aku sebenarnya sedang menghitung hari nak balik ke kampung halaman. Ada lebih kurang 7 hari lagi. Mesti korang tertanya tanya kan dah kenapa aku berkobar kobar nak balik kampung? Sebenarnya.... Sob sobbs sobbs.. :'( Sedih tahu tak nak cerita.

Aku sebenarnya dah lama tak balik kampung. Sejak sejak mak ayah dah lepaskan tanggungjawab mereka terhadap aku, aku terpaksalah berdikari sendiri di KL ni. Ceh ayat tak boleh blah kan? Takdelah, sejak aku dah habis belajar bulan 4 tahun lepas, lepastu konvo bulan 10. 

Lepas konvo je terus cari kerja.Then bulan 11 dapat je kerja, aku pun terus bekerja dengan fokus sampai la hari ni, bulan 1 2013, hampir 3 bulan jugak la tak balik jenguk kampung. Dannnnnnn minggu depan, aku akan balik ke kampung. Tu yang aku sedang menghitung hari ni. 

Mak ayah adik adik kat kampung pun selalu sangat bila call asyik tanya, bila nak balik, bila nak balik. Aku tahu, diorang pun rindukan aku tahap klcc sepertimana aku rindukan mereka. Diorang la pelengkap hidup aku. 



~ Aku taip entry ni dengan penuh perasaan excited sangat. Muehehehe <3

Wednesday, 9 January 2013

Amaran keras : blog ini DILARANG FOLLOW

Assalamualaikum..Ieza Wanza is backk !!

Setahun aku menyepikan diri dari dunia blogger. Gara gara satu peristiwa. Sungguh aku rindu untuk menaip sebab cita cita aku kan nak jadi penulis. Eh yeke? Wateva. Muehehehehe.


iezawanza.blogspot.com
beby belog lama (iezawanza.blogspot.com) sobs sobs


Renteten daripada peristiwa itu, maka terjadilah kisah sadis dalam hidup. Beby belog pun merajuk. Genap setahun awal tahun 2013, aku dengan berkobar kobar semangat penuh kemerdekaan cuba log in beby belog lama. Tut tut, dashboard tiada. Huhh? Kecelakaan apakah? Puas aku godek. Then, ada ke dia kata "im not a writter on any blog yet. Please create one" Haa lebih tak terkurang macam gitu la ayatnya. 

Sungguh aku kecewa, sadis, patah hati dan seangkatan dengannya. Dah banyak suka duka aku kongsi dengan beby belog. Hmmm :'( Maka terpaksalah aku beranakkan lagi satu beby belog. Ini la hasilnya. Sekarang sesi nak menjejak balik kawan kawan. Iskkk. 


beby belog sekarang (ieza-wanza.blogspot.com)